MyMIS JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA Semua Semua Semua Semua Semua Telefon : 603-88881957 Faks : 603-88883721 Rujukan Kami : UPTM (S) 159/526/1(2) Tarikh 1 Oktober 2000 : Ketua Setiausaha Kementerian Ketua Jabatan Persekutuan Ketua Pengurusan Badan Berkanun Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING AM BIL. 3 TAHUN 2000 RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (information and communications technology) atau ICT terutamanya dalam usaha menjayakan pembangunan dan pelaksanaan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Kerajaan juga sedar akan repositori maklumat semasa yang sangat besar dalam simpanannya, dan dijangka akan bertambah besar dengan terlaksananya projek Aplikasi Perdana yang diterajui Perkhidmatan Awam. Nilai serta kegunaan repositori maklumat juga dijangka akan terus meningkat hasil dari peningkatan pengguna yang bergantung kepada sistem ICT. Ini merupakan sebahagian daripada kesan ledakan pembangunan ICT yang telah mencorak budaya kerja serta cara penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat. Trend menunjukkan semakin banyak agensi Kerajaan mengubah hala kepada penggunaan ICT yang lebih meluas untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. 3. Pertumbuhan pesat penggunaan ICT di kalangan ini, terutama melalui kemudahan Internet, mendedahkan maklumat secara lebih luas dan ini memungkinkan berlakunya pencerobohan yang boleh mengakibatkan kebocoran maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi Kerajaan. Keadaan ini jika tidak diberi perhatian rapi boleh menimbulkan masalah yang lebih besar di masa hadapan. Di samping itu perlu ada keseimbangan antara kawalan keselamatan yang terlalu ketat sehingga membatasi penyebaran maklumat penyampaian perkhidmatan, dengan kawalan yang terlalu longgar yang boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan Perkhidmatan Awam dan Negara. 4. Menyedari pentingnya usaha-usaha menjamin keselamatan ICT, satu rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan telah digubal berpandukan kepada prinsip-prinsip keselamatan ICT yang kukuh, tanggungjawab terhadap keselamatan maklumat, kesedaran terhadap ancaman dan langkah-langkah peningkatan tahap keselamatan maklumat. Copyright MAMPU Appendix A - 2

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents