MyMIS (c) Gangguan yang disengajakan (unwanted disruption) atau halangan pemberian perkhidmatan (denial of service); (d) Menggunakan sistem untuk pemprosesan data atau penyimpanan data tanpa kebenaran (unauthorised access); dan (e) Pengubahsuaian ciri-ciri perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak. 5. Semua insiden keselamatan ICT yang berlaku di mana-mana agensi perlu dilaporkan kepada Government Computer Emergency Response Team (GCERT), satu pasukan khas yang ditempatkan di MAMPU bertanggungjawab menangani semua aduan mengenai insiden yang dilaporkan. Semua maklumat adalah SULIT, dengan itu tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran agensi berkenaan. TUJUAN PELAPORAN 6. Laporan mengenai insiden keselamatan ini adalah penting kepada GCERT untuk mendapat maklumat bagi membolehkannya menyediakan bantuan teknikal kepada agensi-agensi yang terlibat. Maklumat yang terkumpul juga boleh dijadikan panduan dalam menangani insiden yang sama yang berlaku di lokasi-lokasi yang lain. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan bagi mengelak daripada kejadian yang sama berulang. Semua laporan yang diterima oleh GCERT akan dikumpulkan dalam pangkalan data dan maklumat ini merupakan input penting kepada perancangan strategik dan pemantauan mengenai keselamatan ICT di sektor awam. Dalam proses menyelesaikan sesuatu masalah, GCERT akan bekerjasama rapat dengan agensi terlibat dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Interaksi seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan di samping memupuk kerjasama dan hubungan baik di antara agensi. TANGGUNGJAWAB GOVERNMENT COMPUTER EMERGENCY RESPONSE TEAM (GCERT) Government Computer Emergency Response Team (GCERT) di MAMPU adalah bertanggungjawab menangani semua laporan insiden keselamatan ICT yang melibatkan sektor awam. Secara amnya tugas GCERT adalah seperti berikut: (a) Menerima dan mengambil tindakan ke atas insiden keselamatan yang dilaporkan; (b) Menyebarkan maklumat bagi membantu pengukuhan keselamatan ICT sektor awam dari semasa ke semasa; (c) Menyediakan khidmat nasihat kepada agensi-agensi dalam mengesan, mengenalpasti dan menangani sesuatu insiden keselamatan; dan (d) Menjadi penyelaras dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT), pembekal, Internet Service Provider (ISP) dan agensi-agensi penguatkuasa. KEUTAMAAN TINDAKAN 8. Tindakan ke atas insiden yang dilaporkan akan dibuat berasaskan keparahan sesuatu insiden. Secara amnya keutamaan akan ditentukan seperti berikut: Keutamaan 1: Aktiviti yang berkemungkinan mengancam nyawa atau keselamatan negara. Copyright MAMPU Appendix H - 3

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents