MyMIS Keutamaan 2 : (a) Pencerobohan atau percubaan menceroboh melalui infrastruktur internet ke atas: i. Domain Name Servers (DNS) ii. Network Access Points (NAPs) iii. Pusat-pusat pangkalan data utama (b) Halangan pemberian perkhidmatan yang meluas (Distributed Denial of Service); (c) Serangan atau pendedahan bahaya terbaru (new vulnerabilities); atau (d) Jenis-jenis insiden lain seperti: i. Pencerobohan melalui pemalsuan identiti ii. Pengubahsuaian laman web, perisian, atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan pihak yang berkenaan; atau iii. Gangguan sistem untuk pemprosesan data atau penyimpanan data tanpa kebenaran. TANGGUNGJAWAB AGENSI PELAPOR 9. Agensi yang mengalami insiden keselamatan adalah dimestikan melapor setiap insiden kepada GCERT. Setiap agensi perlu menyediakan prosidur operasi atau Standard Operating Procedure (SOP) berdasarkan infrastruktur ICT masing-masing supaya setiap insiden yang berlaku dapat ditangani dengan segera dan sistematik. Tugas-tugas ini diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Pegawai Makumat (CIO) dan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO). 10. Tugas CIO dalam aspek ini adalah seperti berikut: (a) Menguruskan tindakan ke atas insiden yang berlaku sehingga keadaan pulih; (b) Mengaktifkan Business Resumption Plan (BRP) jika perlu; dan (c) Menentukan samada insiden ini perlu dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan undangundang/keselamatan. 11. Secara khusus tugas ICTSO dalam menangani insiden keselamatan ICT pula adalah seperti berikut: (a) Menentukan tahap keutamaan insiden; (b) Melaporkan insiden kepada GCERT; dan (c) Mengambil langkah pemulihan awal. PROSES PELAPORAN 12. Proses pelaporan dijelaskan di lampiran A. Lampiran A1 menunjukkan hubungan antara agensi dan entiti yang terlibat dalam proses pelaporan manakala Lampiran A2 merupakan aliran kerja terperinci bagi proses pelaporan insiden keselamatan ICT sektor awam. KAEDAH PELAPORAN 13. Laporan boleh dibuat menggunakan kaedah-kaedah berikut:(a) Mel Elektronik (E-mel) :Alamat e-mel : gcert@mampu.gov.my (b) Borang Pelaporan Insiden :Boleh diperolehi di laman : http://gcert.mampu.gov.my Copyright MAMPU Appendix H - 4

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents