MyMIS JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA Telefon: 603-8888 1957 Faks: 603-8888 3721 Rujukan Kami: PM (S) 10034 Jld. 8 (96) Tarikh: 4 April 2001 Semua Semua Semua Semua Semua Ketua Setiausaha Kementerian Ketua Jabatan Persekutuan Ketua Pengurusan Badan Berkanun Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2001 MEKANISME PELAPORAN INSIDEN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan mekanisme pelaporan insiden keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi sektor awam. LATAR BELAKANG 2. Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan yang dikeluarkan pada 1 Oktober 2000 melalui Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 telah merumuskan keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-langkah yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT kerajaan bagi menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan. Dengan itu satu mekanisme perlu diwujudkan untuk memantau perkara ini dan menentukan semua agensi sektor awam mematuhi dasar dan tatacara keselamatan ICT dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan ICT di sektor awam. INSIDEN KESELAMATAN 3. Insiden keselamatan bermaksud musibah (adverse event) yang berlaku ke atas sistem maklumat dan komunikasi (ICT) atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Ia mungkin suatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan ICT samada yang ditetapkan secara tersurat atau tersirat. 4. Kejadian insiden boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Insiden yang ketara dan sering berlaku di masa kini termasuk kejadian-kejadian berikut: (a) Percubaan (sama ada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa kebenaran (probing); (b) Serangan kod jahat (malicious code) seperti virus, trojan horse, worms dan sebagainya; Copyright MAMPU Appendix H - 2

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents