MyMIS
(c) Akauntabiliti
11. Semua pengguna adalah dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakannya terhadap aset ICT
kerajaan. Tanggungjawab ini perlu dinyatakan dengan jelas sesuai dengan tahap sensitiviti sesuatu
sumber ICT. Untuk menentukan tanggungjawab ini dipatuhi, sistem ICT hendaklah mampu menyokong
kemudahan mengesan atau mengesah bahawa pengguna sistem maklumat boleh dipertanggungjawabkan
atas tindakan mereka.
12. Akauntabiliti atau tanggungjawab pengguna termasuklah:
(i) Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan.
(ii) Memeriksa maklumat dan menentukan ianya tepat dan lengkap dari semasa ke semasa.
(iii) Menentukan maklumat sedia untuk digunakan.
(iv) Menjaga kerahsiaan kata laluan.
(v) Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan.
(vi) Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan,
penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan.
(vii) Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum.
(d) Pengasingan
13. Prinsip pengasingan bermaksud bahawa semua tugas-tugas mewujud, memadam, kemaskini,
mengubah dan mengesahkan data diasingkan. Ia bertujuan untuk mengelak akses yang tidak dibenarkan
dan melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat, dimanipulasi dan
seterusnya, mengekalkan integriti dan kebolehsediaan.
14. Pengasingan juga merangkumi tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian.
Ia bertujuan untuk mengasingkan akses kepada domain kedua-dua kumpulan tersebut seperti akses
kepada fail data, fail program, kemudahan sistem dan komunikasi, manakala pemisahan antara domain
pula adalah untuk mengawal dan mengurus perubahan pada konfigurasi dan keperluan sistem.
15. Pada tahap minimum, semua sistem ICT perlu mengekalkan persekitaran operasi yang berasingan
seperti berikut:
(i) Persekitaran pembangunan di mana sesuatu aplikasi dalam proses pembangunan.
(ii) Persekitaran penerimaan iaitu peringkat di mana sesuatu aplikasi diuji.
(iii) Persekitaran sebenar di mana aplikasi sedia untuk dioperasikan.
(e) Pengauditan
16. Pengauditan adalah tindakan untuk mengenalpasti insiden berkaitan keselamatan atau mengenalpasti
keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan
keselamatan. Dengan itu, aset ICT seperti komputer, pelayan, router, firewall, dan rangkaian hendaklah
ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan keselamatan atau audit trail. Pentingnya audit
trail ini menjadi semakin ketara apabila wujud keperluan untuk mengenalpasti punca masalah atau
ancaman kepada keselamatan ICT. Oleh itu, rekod audit hendaklah dilindungi dan tersedia untuk
penilaian atau tindakan serta merta.
17. Pengauditan juga perlu dibuat ke atas rekod-rekod manual seperti dokumen operasi, nota serah
tugas, kelulusan keluar pejabat, memorandum, borang kebenaran, surat kuasa, senarai inventori dan
kemudahan akses log. Ini adalah kerana dalam kes-kes tertentu, dokumen ini diperlukan untuk menyokong
audit trail sistem komputer.
Copyright MAMPU
Appendix A - 7
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents