MyMIS (iii) Media Storan—Semua media storan dan peralatan yang berkaitan seperti disket, kartrij, CD-ROM, pita, cakera, pemacu cakera dan pemacu pita. (iv) Komunikasi dan Peralatan Rangkaian—Semua peralatan berkaitan komunikasi seperti pelayan rangkaian, gateway, bridge, router dan peralatan PABX. (v) Perisian—Semua perisian yang digunakan untuk mengendali, memproses, menyimpan, menjana dan mengirim maklumat. Ini meliputi semua perisian sistem, perisian utiliti, perisian rangkaian, program aplikasi, pangkalan data, fail program dan fail data. (vi) Dokumentasi—Semua dokumentasi yang mengandungi maklumat berkaitan dengan penggunaan dan pemasangan peralatan dan perisian. Ia juga meliputi data dalam semua bentuk media seperti salinan kekal, salinan elektronik, transparencies, risalah dan slides. (vii) Manusia—Semua pengguna yang dibenarkan termasuk pentadbir dan pengurus serta mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ICT. (viii) Premis Komputer dan Komunikasi—semua kemudahan serta premis yang diguna untuk menempatkan perkara (i)-(vii) di atas. 28. Setiap perkara di atas perlu diberi perlindungan rapi. Sebarang kebocoran rahsia atau kelemahan perlindungan adalah dianggap sebagai perlanggaran langkah-langkah keselamatan. 29. Di samping itu, Dasar Keselamatan ICT Kerajaan ini juga adalah saling lengkap-melengkapi dan perlu dilaksanakan secara konsisten dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada. TANGGUNGJAWAB KETUA-KETUA JABATAN 30. Semua Ketua-ketua Jabatan perlu mematuhi Dasar Keselamatan ICT Kerajaan. Tugas dan tanggungjawab Ketua-ketua Jabatan adalah seperti berikut: (i) Menentukan semua pegawai dan staf jabatan memahami keperluan standard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan. (ii) Menentukan semua pegawai dan staf jabatan mematuhi standard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil apabila berlaku sebarang perlanggaran keselamatan. (iii) Menjalankan penilaian risiko dan program keselamatan berpandukan kepada standard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan ICT. (iv) Mengadakan Pelan Rancangan Pematuhan yang bertujuan untuk mengurus risiko yang timbul akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan ICT. (v) Melaporkan kepada MAMPU, Jabatan Perdana Menteri sebarang insiden perlanggaran keselamatan seperti kejadian-kejadian berikut: • Maklumat didapati hilang, didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa atau, disyaki hilang atau didedahkan kepada pihak-pihak yang tidak diberi kuasa. • Sistem maklumat digunakan tanpa kebenaran atau disyaki sedemikian. • Kata laluan atau mekanisma kawalan sistem akses hilang, dicuri atau didedahkan, atau disyaki hilang, dicuri atau didedahkan. • Berlaku kejadian sistem yang luar biasa seperti kehilangan fail, sistem kerapkali gagal dan komunikasi tersalah hantar. • Berlaku percubaan menceroboh, penyelewengan dan insiden-insiden yang tidak diingini. 31. Tugas-tugas di atas hendaklah dilaksanakan oleh Pegawai Keselamatan ICT Jabatan yang bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) sepertimana yang dilantik di bawah Arahan KSN Rujukan PM(S) 18114 Jld 13 (74) bertarikh 22 Mac 2000. Copyright MAMPU Appendix A - 10

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents