MyMIS TANGGUNGJAWAB AGENSI PUSAT 32. Agensi pusat yang bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT kerajaan adalah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Tanggungjawab MAMPU adalah seperti berikut: (i) Memberi pendedahan dan penjelasan mengenai Dasar Keselamatan ICT Kerajaan. (ii) Mengemaskini Dasar Keselamatan ICT Kerajaan termasuk menetapkan standard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan dari semasa ke semasa. (iii) Menyediakan perkhidmatan berpusat untuk menerima laporan insiden keselamatan ICT, penyebaran maklumat dan pelarasan tindakan pembetulan. (iv) Memantau pelaksanaan dan menguatkuasa Dasar Keselamatan ICT Kerajaan. PINDAAN DAN KEMASKINI 33. Dasar Keselamatan ICT Kerajaan adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial. Dasar ini hendaklah dibaca bersama dokumen-dokumen mengenai standard, garis panduan, prosedur dan langkah keselamatan ICT Kerajaan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. MAKLUMAT LANJUT Sebarang pertanyaan mengenai kandungan dokumen ini atau permohonan untuk keterangan lanjut, boleh ditujukan kepada: Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Keselamatan ICT Kerajaan) Aras 6 Blok B2 Parcel B Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Telefon: 03-8888 2250 Faks: 03-8888 3286 E-Mel: ictsec@mampu.gov.my Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan ini juga boleh diakses di laman web MAMPU JPM (http://www.mampu.gov.my) Copyright MAMPU Appendix A - 11

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents