MyMIS
JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA
Semua
Semua
Semua
Semua
Semua
Telefon : 603-88881957
Faks
: 603-88883721
Rujukan Kami :
UPTM (S) 159/526/1(2)
Tarikh
1 Oktober 2000
:
Ketua Setiausaha Kementerian
Ketua Jabatan Persekutuan
Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan
PEKELILING AM BIL. 3 TAHUN 2000
RANGKA DASAR KESELAMATAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KERAJAAN
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh
agensi-agensi Kerajaan.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi
(information and communications technology) atau ICT terutamanya dalam usaha menjayakan
pembangunan dan pelaksanaan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Kerajaan juga sedar akan
repositori maklumat semasa yang sangat besar dalam simpanannya, dan dijangka akan bertambah
besar dengan terlaksananya projek Aplikasi Perdana yang diterajui Perkhidmatan Awam. Nilai serta
kegunaan repositori maklumat juga dijangka akan terus meningkat hasil dari peningkatan pengguna
yang bergantung kepada sistem ICT. Ini merupakan sebahagian daripada kesan ledakan pembangunan
ICT yang telah mencorak budaya kerja serta cara penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.
Trend menunjukkan semakin banyak agensi Kerajaan mengubah hala kepada penggunaan ICT yang
lebih meluas untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan
kepada pelanggan.
3. Pertumbuhan pesat penggunaan ICT di kalangan ini, terutama melalui kemudahan Internet,
mendedahkan maklumat secara lebih luas dan ini memungkinkan berlakunya pencerobohan yang
boleh mengakibatkan kebocoran maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi Kerajaan. Keadaan ini
jika tidak diberi perhatian rapi boleh menimbulkan masalah yang lebih besar di masa hadapan. Di
samping itu perlu ada keseimbangan antara kawalan keselamatan yang terlalu ketat sehingga membatasi
penyebaran maklumat penyampaian perkhidmatan, dengan kawalan yang terlalu longgar yang boleh
memudaratkan keselamatan atau kepentingan Perkhidmatan Awam dan Negara.
4. Menyedari pentingnya usaha-usaha menjamin keselamatan ICT, satu rangka Dasar Keselamatan
ICT Kerajaan telah digubal berpandukan kepada prinsip-prinsip keselamatan ICT yang kukuh,
tanggungjawab terhadap keselamatan maklumat, kesedaran terhadap ancaman dan langkah-langkah
peningkatan tahap keselamatan maklumat.
Copyright MAMPU
Appendix A - 2
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents