MyMIS
(iv) Pelayan Jabatan—Semua data dan maklumat yang kritikal atau sensitif akan hanya disimpan
di pelayan jabatan atau di pelayan yang diurus secara pusat. Ini akan meminimumkan
pendedahan, pengubahan atau kecurian. Semua data dan maklumat sensitif akan dikodkan.
OBJEKTIF DASAR KESELAMATAN ICT KERAJAAN
22. Objektif utama Dasar Keselamatan ICT Kerajaan ialah seperti berikut:
(i) Memastikan kelancaran operasi Kerajaan dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;
(ii) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat daripada kesan
kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat
dan komunikasi; dan
(iii) Mencegah salahguna atau kecurian aset ICT kerajaan.
23. Dasar Keselamatan ICT Kerajaan ini juga bertujuan memudahkan perkongsian maklumat sesuai
dengan keperluan operasi kerajaan. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT
dilindungi.
SKOP DASAR KESELAMATAN ICT KERAJAAN
24. Sistem ICT Kerajaan terdiri daripada manusia, peralatan, perisian, telekomunikasi, kemudahan
ICT dan data. Sistem ini adalah aset yang amat berharga di mana masyarakat, swasta dan juga
Kerajaan bergantung untuk menjalankan urusan rasmi Kerajaan dengan lancar. Dengan itu, Dasar
Keselamatan ICT Kerajaan menetapkan keperluan-keperluan asas berikut:
(i) Data dan maklumat hendaklah boleh diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah
dan dengan cara yang boleh dipercayai. Ini adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan
dan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan dan berkualiti.
(ii) Semua data dan maklumat hendaklah dijaga kerahsiaannya dan dikendalikan sebaik mungkin
pada setiap masa bagi memastikan kesempurnaan dan ketepatan maklumat serta untuk
melindungi kepentingan kerajaan, bisnes dan masyarakat.
25. Memandangkan sistem ICT sangat kompleks dan terdedah kepada kelemahan, ancaman dan
risiko, adalah tidak mudah untuk memenuhi keperluan ini. Sistem ICT dan komponennya yang saling
berhubungan dan bergantungan antara satu dengan lain kerapkali mewujudkan pelbagai kelemahan.
Sesetengah risiko hanya menjadi kenyataan setelah masa berlalu manakala sesetengahnya timbul
apabila berlaku perubahan. Walau bagaimanapun risiko seperti ini hendaklah dikenalpasti dan ditangani
sewajarnya.
26. Bagi menangani risiko ini dari semasa ke semasa, Dasar Keselamatan ICT Kerajaan akan
diperjelaskan lagi melalui pengeluaran Standard Keselamatan ICT yang mengandungi garis panduan
serta langkah-langkah keselamatan ICT. Kegunaan kesemua dokumen ini secara bersepadu adalah
disarankan. Ini adalah kerana pembentukan dasar, standard, garis panduan dan langkah-langkah
keselamatan ini diorientasikan untuk melindungi kerahsiaan data, maklumat dan sebarang kesimpulan
yang boleh dibuat daripadanya.
27. Bagi menentukan Sistem ICT ini terjamin keselamatannya sepanjang masa, Dasar Keselamatan
ICT Kerajaan ini merangkumi perlindungan semua bentuk maklumat kerajaan yang dimasuk, diwujud,
dimusnah, disimpan, dijana, dicetak, diakses, diedar, dalam penghantaran, dan yang dibuat salinan
keselamatan ke dalam semua aset ICT. Ini akan dilakukan melalui penubuhan dan penguatkuasaan
sistem kawalan dan prosedur dalam pengendalian semua perkara-perkara berikut:
(i) Data dan Maklumat—Semua data dan maklumat yang disimpan atau digunakan dipelbagai
media atau peralatan ICT.
(ii) Peralatan ICT—Semua peralatan komputer dan periferal seperti komputer peribadi, stesen
kerja, kerangka utama dan alat-alat prasarana seperti Uninterrupted Power Supply (UPS),
punca kuasa dan pendingin hawa.
Copyright MAMPU
Appendix A - 9
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents