MyMIS
7. Selain itu, langkah-langkah ke arah keselamatan ICT hendaklah bersandarkan kepada penilaian
yang bersesuaian dengan perubahan semasa terhadap kelemahan semula jadi aset ICT; ancaman
yang wujud akibat daripada kelemahan tersebut; risiko yang mungkin timbul; dan langkah-langkah
pencegahan sesuai yang boleh diambil untuk menangani risiko berkenaan.
PRINSIP-PRINSIP DASAR KESELAMATAN ICT KERAJAAN
8. Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT Kerajaan adalah seperti
berikut:
(a) Akses atas dasar “perlu mengetahui”
(b) Hak akses minimum
(c) Akauntabiliti
(d) Pengasingan
(e) Pengauditan
(f) Pematuhan
(g) Pemulihan
(h) Saling bergantung
(a) Akses Atas Dasar Perlu Mengetahui
9. Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada
pengguna tertentu atas dasar “perlu mengetahui” sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan
sekiranya peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut. Pertimbangan akses di
bawah prinsip ini adalah berasaskan kepada klasifikasi maklumat dan tapisan keselamatan pengguna
seperti berikut:
(i) Klasifikasi Maklumat
Keselamatan ICT Kerajaan hendaklah mematuhi “Arahan Keselamatan” perenggan 53,
muka surat 15, di mana maklumat dikategorikan kepada Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan
Terhad. Data, bahan atau maklumat rasmi yang sensitif atau bersifat terperingkat perlu dilindungi
dari pendedahan, dimanipulasi atau diubah semasa dalam penghantaran. Penggunaan kod
dan tandatangan digital mesti dipertimbangkan bagi melindungi data yang dikirim secara
elektronik. Dasar kawalan akses ke atas aplikasi atau sistem juga hendaklah mengikut klasifikasi
maklumat yang sama, iaitu sama ada rahsia besar, rahsia, sulit atau terhad.
(ii) Tapisan Keselamatan Pengguna
Dasar Keselamatan ICT Kerajaan adalah mematuhi prinsip bahawa pengguna boleh diberi
kebenaran mengakses kategori maklumat tertentu setelah siasatan latarbelakang menunjukkan
tiada sebab atau faktor untuk menghalang pengguna daripada berbuat demikian.
(b) Hak Akses Minimum
10. Hak akses kepada pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum iaitu untuk
membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan khas adalah diperlukan untuk membolehkan pengguna
mewujud, menyimpan, mengemaskini, mengubah atau membatalkan sesuatu data atau maklumat.
Copyright MAMPU
Appendix A - 6
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents