MyMIS (c) Akauntabiliti 11. Semua pengguna adalah dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakannya terhadap aset ICT kerajaan. Tanggungjawab ini perlu dinyatakan dengan jelas sesuai dengan tahap sensitiviti sesuatu sumber ICT. Untuk menentukan tanggungjawab ini dipatuhi, sistem ICT hendaklah mampu menyokong kemudahan mengesan atau mengesah bahawa pengguna sistem maklumat boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. 12. Akauntabiliti atau tanggungjawab pengguna termasuklah: (i) Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan. (ii) Memeriksa maklumat dan menentukan ianya tepat dan lengkap dari semasa ke semasa. (iii) Menentukan maklumat sedia untuk digunakan. (iv) Menjaga kerahsiaan kata laluan. (v) Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan. (vi) Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan. (vii) Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. (d) Pengasingan 13. Prinsip pengasingan bermaksud bahawa semua tugas-tugas mewujud, memadam, kemaskini, mengubah dan mengesahkan data diasingkan. Ia bertujuan untuk mengelak akses yang tidak dibenarkan dan melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat, dimanipulasi dan seterusnya, mengekalkan integriti dan kebolehsediaan. 14. Pengasingan juga merangkumi tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian. Ia bertujuan untuk mengasingkan akses kepada domain kedua-dua kumpulan tersebut seperti akses kepada fail data, fail program, kemudahan sistem dan komunikasi, manakala pemisahan antara domain pula adalah untuk mengawal dan mengurus perubahan pada konfigurasi dan keperluan sistem. 15. Pada tahap minimum, semua sistem ICT perlu mengekalkan persekitaran operasi yang berasingan seperti berikut: (i) Persekitaran pembangunan di mana sesuatu aplikasi dalam proses pembangunan. (ii) Persekitaran penerimaan iaitu peringkat di mana sesuatu aplikasi diuji. (iii) Persekitaran sebenar di mana aplikasi sedia untuk dioperasikan. (e) Pengauditan 16. Pengauditan adalah tindakan untuk mengenalpasti insiden berkaitan keselamatan atau mengenalpasti keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan. Dengan itu, aset ICT seperti komputer, pelayan, router, firewall, dan rangkaian hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan keselamatan atau audit trail. Pentingnya audit trail ini menjadi semakin ketara apabila wujud keperluan untuk mengenalpasti punca masalah atau ancaman kepada keselamatan ICT. Oleh itu, rekod audit hendaklah dilindungi dan tersedia untuk penilaian atau tindakan serta merta. 17. Pengauditan juga perlu dibuat ke atas rekod-rekod manual seperti dokumen operasi, nota serah tugas, kelulusan keluar pejabat, memorandum, borang kebenaran, surat kuasa, senarai inventori dan kemudahan akses log. Ini adalah kerana dalam kes-kes tertentu, dokumen ini diperlukan untuk menyokong audit trail sistem komputer. Copyright MAMPU Appendix A - 7

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents